Friday, December 20, 2013

LIVING LEGENDS


School is around the corner .. Keputusan Penilaian Menengah Rendah , PMR juga sudah diumumkan .. 
Menurut sumber tahun ini mencatatkan peningkatan peratusan semua A dalam semua mata pelajaran..
Anyway, congratulation to all PMR candidates..You did a very good job.

Well, this is also a good news for SM SAINS MIRI !! Tahniah LIVING LEGENDS ! Anda telah dapat memecahkan rekod sekolah dengan pencapaian PMR terbaik iaitu dengan GPS 1.0275. Sebanyak 37 orang daripada 43 orang telah mendapat semua A dalam semua matapelajaran. Dengan itu SM SAINS MIRI telah menjadi sekolah terbaik dalam negeri Sarawak . Lebih membanggakan lagi apabila calon PMR tahun ini hanya mendapat gred A dan B sahaja dalam semua matapelajaran . Antara matapelajaran yang mendapat semua A adalah Bahasa Melayu (BM) , Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Geografi.

Sumber daripada Utusan Borneo 
Sebagai batch terakhir yang menduduki PMR , Living Legends telah mencipta sejarah yang akan dikenang oleh semua warga sekolah dan diri mereka sendiri. Syabas !
Selain menjadi sekolah terbaik di Sarawak , SM SAINS MIRI juga antara sekolah terbaik di antara semua Sekolah Berasrama Penuh , SBP di Malaysia . Mereka telah berjaya meletakkan SM SAINS MIRI di kedudukan ke-lima daripada semua sekolah SBP dan tempat pertama di zon Sabah,Sarawak dan Labuan,SQL


Congratulations once again Living Legends ! Anda memang Legend. 
Anyway, jangan lupa ini juga daripada usaha dan berkat guru-guru mengajar yang tidak kenal penat lelah.
Jangan lupa untuk berterima kasih kepada guru , ibubapa , kawan dan yang terutama bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Esa .
Last but not least , teruskan perjuangan anda . PMR hanyalah permulaan perjalanan hidup anda. SPM adalah penentu masa hadapan anda .
Sebaiknya anda berfikir semasak-masaknya untuk meneruskan aliran sains atau sebagainya. Jangan memperjudikan nasib anda. Tahniah Living Legends dan bersedia untuk dugaan yang lebih mencabar .
Remember ! F.4 is not a HONEYMOON year !

No comments:

Post a Comment